Apa yang aku nk ceritakan arini adalah tentang tekanan darah. Semalam aku g farmasi teman 'member' aku belikan alat untuk check tekanan darah untuk mak dia. Sebelum tu 'member' aku ni try check darah dulu. Mak ai tinggi gak tekanan darah dia. Ahli farmasi ckp maybe sbb 1st time check dan darah gemuruh. So ahli farmasi tu amiklaaa 3 kali bacaan. Alhamdulillah ok ....Pastu kitaorg dok tanya2 mana satu alat check tekanan darah yg ok .Tanya punya tanya last2 dapat gak. Bkn apa sbb sng mak dia leh check tekanan drh ari2. Xyah laa nk g spital lg. Anak dia laa nnt jd tukang checknya hehehh
:: nila ghopanya alat tu ::
Dah tgk dan berkenan so sesi try menerai dimulakan. Demolaa kan. Akulaaa jd bhn tuk test alat tu. Check punya check haaaaa tekanan darah aku rendah. Aku taklaa terkejut sbb mmg famili aku ada yg tekanan darah rendah iaitu mama aku. Ahli farmasi tu nasihat aku soh mkn byk hati ayam atau hati lembu (bkn ke selalu mkn hati dh ke). Pastu aku tanyalaaa pasai pa leh jd darah rendah so dia ckp maybe tidoq x cukup, kurang mkn mknn mcm hati n seafood atau kurang aktif . Pastu dia kata org yg ader tekanan darah rendah ni biasanya dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
- stroke
- penyakit jantung
- penyakit pada mata
- pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Aku ni atlet ka?? hahahha. Pengamal diet pun x sgt sbb kejap diet kejap x.hehehehe. So mulai skrg aku kenelaa jaga kesihatan aku. Nasib bek check darah gak kalau tak aku dok assume aku sihat ja. At least bila dah tau aku leh berjaga2 skit.ye dok?? Stop kt sini dulu daaaaaaa.
No comments:
Post a Comment