Thursday, November 22, 2012

SAVE GAZA


Assalamualaikum


hanya gambar mampu berbicara....



Kita disini tido dengan enak...depa disana TIDO untuk selamanya....

sayunya :(

adik2 / anak2 kita menangis nk itu ini...depa disana menangis meratapi kehilangan keluarga dan segalanya....YA Allah cheq sedih sgt

anak2 kita kt sini masuk spital ditemani mak/ayah...depa??? keseorangan...sedihnya 

cheq x mampu untuk menaip dah...teramat sedih


terus terang cheq ckp...cheq x sampai hati nak tengok penderitaan diorg nih....


 Marilaah kita ramai2 membantu saudara kita di GAZA


DOA tanpa henti




Boikot barangan yang menyokong  ZIONIST




hulurkan bantuan .....ingat!!  sekecik mana sumbangan kita amat bermakna bg saudara kita di sana













DAH JODOH....

Assalamualaikum semua...



hmmm td cheq ada terbaca satu berita kat blog ni....Budak 13 thn  kawen!!!??? mak ai mudanya.....si suami umo 19  tahun..hmmm gelenyar sungguh hahahahah..   aku time umo cmtu dok main aci lot at at..hahahhha ampa taw dak permainan apa tu....hahahahha nnt cheq bgtw kemudian :)


Ni kisahnya...amik kt metro :)








KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.

“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.






KONGSI

Assalamualaikum semua....



Apa habaq?? heheheh lama cheq x update blog cheq ni kan...tup2...dh berubah wajah hahahaha....itu tandanya cheq x sibuk.....bila x sibuk sgt haaaaa tu yg BERTUKAR wajah blog cheq ni...




ok meh cheq nk kongsi skit ngan ampa semua cmna cheq leh wat HEADER tu... cheq wat simple..tp motif cheq tulis blog ni nk share ilmu skit laaa kan.... pada blogger2 yg baru nk jinak2 ngan blog nih mestilaaa teringin nk mencantikkan blog masing2...hahahhah sorry blog cheq ni x bape cantik..tp cantik di mata cheq je hahahah PERASAN 



cheq sebenaqnya dh lama dok cari tutorial nk wat header ni...so baru2 ni ada laaa terbaca kat satu blog ni....cheq blajaq dari situlaaa...




Cara-cara nak buat header blog (khas tuk yang guna blogspot)


  • ampa semua kena pi website ni http://www.bannerfans.com/banner_maker.php

  • ampa pi kat CREATE BANNER  ( atas belah kiri)


  • ampa pi LAYOUT, CUSTOM : 1036 PX WIDE, 275 PX HIGH, pastu pilih untuk warna di CHOOSE YOUR GRADIENT COLORS dan SELECT GRADIENT MODE kemudian UPDATE MY BANNER.

  • TEXT & FONT, YOUR TEXT (ada enam line untuk ampa tulis di bahagian dalam header). ubah huruf : FONT FACE, ubah size : FONT SIZE, ubah warna : COLOR.

  • GET THE CODES. (lihat gambar di bawah) CODE FOR DIRECT IMAGE LINK (copy code ).




  • Pastu ampa pi blog ampa di sini http://www.blogger.com/home?pli=1, kemudian klik Dashboard, Design, Page element, edit html di header (lihat gambar), kemudian ampa akan dibawa ke halaman yang lain, sila klik IMAGE FROM THE WEB kemudian SAVE. SIAP!!!!



  • kalau ampa rajin...ampa explorelaaa website bannerfans.com....sangat menarik taw  :)




cheq nk kongsi tu ngan ampa semua.....sharing is caring heheheheh.......














Tuesday, October 16, 2012

MY WEDDING : RESEPSI

Assalamualaikum...


terkejut kan..tertiba truih cita pasal resepsi...pdhl kenduri belah cheq tak cita pun....haaaaaaaaaa jangan pikiaq bukan2....ikut sukalaa cheq nak cita yang mana dulu kan....hahahahah...ok2 malas nak cita panjang2..ampa tengoklaaa gambaq yang cheq bubuh tu naaa....hanya gambar saja yang mampu menceritakan semuanya....cheewah....



gheyeh semacam....pantang nampak kamera :)


pelamin cheq

bergambaq ngan maksu (hubby) dan family yang lain....cer tgk gambaq nih btoi2...ampa perasan dak heeee :)


haa ni band yang iring cheq ngan hubby...ni idea hubby...best2


ni famili hubby.....tgk cheq angkat tangan cm nk ketok muka hubby cheq...

sapa snap pic ni x hingat....tp masa ni dh ptg dah..muka penat...hubby masa ni tengah layan jamming  :)

woooo......wink2 :)

inspector gadget kt depan..waakakakaka.....cheq kt belakang heee....


to be continue next episode :)


Thursday, October 11, 2012

PINDAH RANDAH

Assalamualaikum semua


Wah setelah sebulan kahwin laaa ni cheq dah duduk berdua ngan hubby...be4 ni dok tumpang sat umah MIL....mestila seronok dan beronok2 dapat duduk berdua dengan hubby....wpun menyewa....

Punyalaa excited dpt dok asing...bukan apa..rasa laa bebas skit..nk bangun lewat ka....apa ka tak laa rasa malu sangat...kalau dok ngan MIL tak kan nak bangun lewat...maw bising dia nanti...tak pasai2 dia kata BERTUAH PUNYA MENANTU eheheheh.....


1 st day pindah dok umah sewa ni..yang paling leceh nk mengangkut barang dan mengemas...adoi....rumah sewa cheq maklumlaaaa banglo 5 tingkat...hahahahah cheq dok tingkat 4...bayangkanlaaa cmna nk angkut barang naik atas rumah...lemah lutut nak angkat barang...lepas dh settle angkat...sesi kemas lak....haaaaaaaaaaa menci taw....


tulaaa masa bujang dulu bab kemas2 cheq liat skit...kene ketok ngan mama baru cheq kalut nk wat...bukan apa cheq ni kalau dh mengemas abislaa....main lempaq ja barang2 yg rasa tak perlu...itu bukan mengemas itu dah kes buang barang hahahahhaa....


hubby cheq laaa yang banyak tolong cheq kemas rumah.....sapa lagi nak tolongkan....kemas rumah ni bukan leh sehari settle...sampai la ni pun ada lg tak settle skit2 lg.....kadang2 balik keja tu buatlaa sambil2....yang penting tempat2  macam ruang tamu, bilik tidoq cheq, dapoq dan toilet kena make sure bersih....hahaha senang cita satu rumah kena bersih..... 


Ok..bila dok rumah sewa ni...masa nilaaa nak tunjuk skill masak kat hubby.....masa dok ngan MIL dulu tolong gitu2 ja...pastu adalah amik taw ilmu masak2 ni ngan dia...heheheh....

Baru-baru ni 1 st time cheq masak....ketaq gak laaa....masa masak tu dah rasa macam dalam MASTERCHEF dah....cheq ni kalau masak x suka ikut resepi sebijik2....rasa ikut rasa hati ja pastu men campak2..... sorrylaaa cheq lupa nk snap gambaq makanan yang cheq masak tuk hubby cheq....

apa yang cheq masak? PERTAMA : of courselaa nasi.... KEDUA : ayam masak kicap pedas    KETIGA : sayoq goreng kacang panjang.....simple kan.....

nak taw hubby cheq komen apa......ngeeeeeeeeeeee dia kata sedap.....len kali masak macam tu lagi...hahahah senyum sampai ke telingalaaa cheq nih......hilang rasa penat masak tu......heheheheh

2 nd day masak pun...hubby kata sedap...eh ya ka dok ni hubby aku ni....ntah2 nk jaga hati aku ja....tapi hopefully apa yang dia kata tu ikhlas.....kalau x ikhlas aku gantong periuk!!! (boikot tak nak masak dah ) hahahah......


oklaa noo....berhenti kat sini dulu...nanti cheq sambung lagi...... 










EVERLASTING LOVE

Daisypath Anniversary tickers

ANAK MAMA & BABAH

Lilypie First Birthday tickers