Thursday, December 13, 2012

BEKAS PENYIMPAN MOHOR BESAR MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum

Masih ingat pada Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah? 



Ampa ingat tak dialah orang yang akan buat kita semua tertunggu-tunggu bila nak umum tarikh puasa atau raya....kalau tak silap cheq sejak cheq kecik lagi..every year muka dia ja kt tv time nak umumkan posa atau raya....


Beliau dah meninggal dunia pada 11 November 2012 di Hospital Selayang..terkejut cheq....


cheq petik berita ni dari UTUSAN 





BESUT 12 Dis. - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd




Selepas ni...dah tak dengaq dah suara dia kt tv... dulu masa arwah hidup dia wat kita semua rasa excited tunggu dpn tv tuk umumkan puasa atau raya..  al-fatihah untuk beliau....



Friday, December 7, 2012

IRAMA DAN LAGU

Assalamualaikum


hadeh..petang-petang camnilaa baru cheq free skit nk jengok blog nih..hehehehe xtaw pasaipa laa ni ari-ari nk tengok blog...tengah ada idea rajin laa plak...time tak dak idea....hampeh hehehhe

orait2....nak cita apa laa arini kan....

haaa tadi dok transfer gambaq dari hp tuk save dalam pc...tetiba nampak laa gambaq hubby check...cheq x penah cita pun siapa dia ni kan kan....


sebenaqnya hubby cheq  musician ...dulu2 punya cita ya dia full time musician..la ni part time....main music pun untuk function2 kerajaan / wedding dan kadang2 gig....hahahahah mesti ampa x caya kan...tapi percayalaaaaaa hahahahahah.......



ok2... x caya kaa....sat naaa...



tada.....ni cover album band dia...tengah tunggu abih mastering....heheheh insyaAllah pasni daptlaa dengaq kt radio2..

ni masa dia jamming....cheq ni akan mengekoq dia ja kalau pi jamming sbb leh tumpang melalak sama :)

ni dia punya band masa perform tuk badan berkanun...heeeeeeeee

haaa ni dia bersama PA dia iaitu cheq akekekeke bini yg akan sentiasa bersama hubbynya bila ada show :)


haaa tulaaa laki cheq....x sangka kwen ngan ahli muzik.... nasib baik mama cheq ok ja....kalau x mesti dia kata 'apa ahli muzik??? hahhaha ayat mcm cita ibu mertuaku.. 

hola2....cheq stop kt sini dulu....lagi setengah jam nk balik...yabedabedu....malam kang tmn hubby jamming lagi tuk wedding show :)


p/s : perlukan band tuk function kawen/ korporat/family day/ dll....roger2 cheq k.. :)

Thursday, December 6, 2012

BEAN BAG

Assalamualaikum 


Kami nak tanya ampa semua? jom tengok gambaq nih ...


nama benda alah ni bean bag




huish...bestnya




akak ni posing maut.... :P




bestkan??? hmmm cheq dok teringin tongkoi tulaaa..hahahahah bantai laaaa....rasa syoknya kalau dapat tidoq atau baring2 atas bantai tu.....haaaa sesuai sangatlaaaa kalau letak kt ruang tamu kat umah cheq heheheh....maklumlaaa dok banglo 5 tingkat hahahahahahha :) In Shaa Allah ada rezeki cheq nk beli....tak pun harap2 hubby beli ngeh4x :)



sedapnye kalau dapat bantai lagu nih *_*

credit tuk encik google :)





Thursday, November 22, 2012

SAVE GAZA


Assalamualaikum


hanya gambar mampu berbicara....



Kita disini tido dengan enak...depa disana TIDO untuk selamanya....

sayunya :(

adik2 / anak2 kita menangis nk itu ini...depa disana menangis meratapi kehilangan keluarga dan segalanya....YA Allah cheq sedih sgt

anak2 kita kt sini masuk spital ditemani mak/ayah...depa??? keseorangan...sedihnya 

cheq x mampu untuk menaip dah...teramat sedih


terus terang cheq ckp...cheq x sampai hati nak tengok penderitaan diorg nih....


 Marilaah kita ramai2 membantu saudara kita di GAZA


DOA tanpa henti




Boikot barangan yang menyokong  ZIONIST




hulurkan bantuan .....ingat!!  sekecik mana sumbangan kita amat bermakna bg saudara kita di sana













DAH JODOH....

Assalamualaikum semua...



hmmm td cheq ada terbaca satu berita kat blog ni....Budak 13 thn  kawen!!!??? mak ai mudanya.....si suami umo 19  tahun..hmmm gelenyar sungguh hahahahah..   aku time umo cmtu dok main aci lot at at..hahahhha ampa taw dak permainan apa tu....hahahahha nnt cheq bgtw kemudian :)


Ni kisahnya...amik kt metro :)








KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.

“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.






KONGSI

Assalamualaikum semua....



Apa habaq?? heheheh lama cheq x update blog cheq ni kan...tup2...dh berubah wajah hahahaha....itu tandanya cheq x sibuk.....bila x sibuk sgt haaaaa tu yg BERTUKAR wajah blog cheq ni...




ok meh cheq nk kongsi skit ngan ampa semua cmna cheq leh wat HEADER tu... cheq wat simple..tp motif cheq tulis blog ni nk share ilmu skit laaa kan.... pada blogger2 yg baru nk jinak2 ngan blog nih mestilaaa teringin nk mencantikkan blog masing2...hahahhah sorry blog cheq ni x bape cantik..tp cantik di mata cheq je hahahah PERASAN 



cheq sebenaqnya dh lama dok cari tutorial nk wat header ni...so baru2 ni ada laaa terbaca kat satu blog ni....cheq blajaq dari situlaaa...




Cara-cara nak buat header blog (khas tuk yang guna blogspot)


  • ampa semua kena pi website ni http://www.bannerfans.com/banner_maker.php

  • ampa pi kat CREATE BANNER  ( atas belah kiri)


  • ampa pi LAYOUT, CUSTOM : 1036 PX WIDE, 275 PX HIGH, pastu pilih untuk warna di CHOOSE YOUR GRADIENT COLORS dan SELECT GRADIENT MODE kemudian UPDATE MY BANNER.

  • TEXT & FONT, YOUR TEXT (ada enam line untuk ampa tulis di bahagian dalam header). ubah huruf : FONT FACE, ubah size : FONT SIZE, ubah warna : COLOR.

  • GET THE CODES. (lihat gambar di bawah) CODE FOR DIRECT IMAGE LINK (copy code ).




  • Pastu ampa pi blog ampa di sini http://www.blogger.com/home?pli=1, kemudian klik Dashboard, Design, Page element, edit html di header (lihat gambar), kemudian ampa akan dibawa ke halaman yang lain, sila klik IMAGE FROM THE WEB kemudian SAVE. SIAP!!!!



  • kalau ampa rajin...ampa explorelaaa website bannerfans.com....sangat menarik taw  :)




cheq nk kongsi tu ngan ampa semua.....sharing is caring heheheheh.......














Tuesday, October 16, 2012

MY WEDDING : RESEPSI

Assalamualaikum...


terkejut kan..tertiba truih cita pasal resepsi...pdhl kenduri belah cheq tak cita pun....haaaaaaaaaa jangan pikiaq bukan2....ikut sukalaa cheq nak cita yang mana dulu kan....hahahahah...ok2 malas nak cita panjang2..ampa tengoklaaa gambaq yang cheq bubuh tu naaa....hanya gambar saja yang mampu menceritakan semuanya....cheewah....



gheyeh semacam....pantang nampak kamera :)


pelamin cheq

bergambaq ngan maksu (hubby) dan family yang lain....cer tgk gambaq nih btoi2...ampa perasan dak heeee :)


haa ni band yang iring cheq ngan hubby...ni idea hubby...best2


ni famili hubby.....tgk cheq angkat tangan cm nk ketok muka hubby cheq...

sapa snap pic ni x hingat....tp masa ni dh ptg dah..muka penat...hubby masa ni tengah layan jamming  :)

woooo......wink2 :)

inspector gadget kt depan..waakakakaka.....cheq kt belakang heee....


to be continue next episode :)


Thursday, October 11, 2012

PINDAH RANDAH

Assalamualaikum semua


Wah setelah sebulan kahwin laaa ni cheq dah duduk berdua ngan hubby...be4 ni dok tumpang sat umah MIL....mestila seronok dan beronok2 dapat duduk berdua dengan hubby....wpun menyewa....

Punyalaa excited dpt dok asing...bukan apa..rasa laa bebas skit..nk bangun lewat ka....apa ka tak laa rasa malu sangat...kalau dok ngan MIL tak kan nak bangun lewat...maw bising dia nanti...tak pasai2 dia kata BERTUAH PUNYA MENANTU eheheheh.....


1 st day pindah dok umah sewa ni..yang paling leceh nk mengangkut barang dan mengemas...adoi....rumah sewa cheq maklumlaaaa banglo 5 tingkat...hahahahah cheq dok tingkat 4...bayangkanlaaa cmna nk angkut barang naik atas rumah...lemah lutut nak angkat barang...lepas dh settle angkat...sesi kemas lak....haaaaaaaaaaa menci taw....


tulaaa masa bujang dulu bab kemas2 cheq liat skit...kene ketok ngan mama baru cheq kalut nk wat...bukan apa cheq ni kalau dh mengemas abislaa....main lempaq ja barang2 yg rasa tak perlu...itu bukan mengemas itu dah kes buang barang hahahahhaa....


hubby cheq laaa yang banyak tolong cheq kemas rumah.....sapa lagi nak tolongkan....kemas rumah ni bukan leh sehari settle...sampai la ni pun ada lg tak settle skit2 lg.....kadang2 balik keja tu buatlaa sambil2....yang penting tempat2  macam ruang tamu, bilik tidoq cheq, dapoq dan toilet kena make sure bersih....hahaha senang cita satu rumah kena bersih..... 


Ok..bila dok rumah sewa ni...masa nilaaa nak tunjuk skill masak kat hubby.....masa dok ngan MIL dulu tolong gitu2 ja...pastu adalah amik taw ilmu masak2 ni ngan dia...heheheh....

Baru-baru ni 1 st time cheq masak....ketaq gak laaa....masa masak tu dah rasa macam dalam MASTERCHEF dah....cheq ni kalau masak x suka ikut resepi sebijik2....rasa ikut rasa hati ja pastu men campak2..... sorrylaaa cheq lupa nk snap gambaq makanan yang cheq masak tuk hubby cheq....

apa yang cheq masak? PERTAMA : of courselaa nasi.... KEDUA : ayam masak kicap pedas    KETIGA : sayoq goreng kacang panjang.....simple kan.....

nak taw hubby cheq komen apa......ngeeeeeeeeeeee dia kata sedap.....len kali masak macam tu lagi...hahahah senyum sampai ke telingalaaa cheq nih......hilang rasa penat masak tu......heheheheh

2 nd day masak pun...hubby kata sedap...eh ya ka dok ni hubby aku ni....ntah2 nk jaga hati aku ja....tapi hopefully apa yang dia kata tu ikhlas.....kalau x ikhlas aku gantong periuk!!! (boikot tak nak masak dah ) hahahah......


oklaa noo....berhenti kat sini dulu...nanti cheq sambung lagi...... 










Tuesday, September 25, 2012

HAPPY 1ST MONTH WEDDING ANNIVERSARY!!

Assalamualaikum


hari ni genap sebulan taw aku jadi bini a.k.a isteri :) cepatkan masa berlalu....kalau diimbas balik masa akad nikah aritu hahahah tak rasa pe pun....lama2 baru sedar yang aku dah jadi bini orang....hahahahha



BTW aku masih dalam proses menyesuaikan diri ngan kehidupan baru ni...yelaaa dulu bujang leh pi mana sesuka hati...la ni ada teman nak pi mana2 saja....alhamdulillah dapat suami yang memahami dan sporting....family mertua pun ok sangat2....ipar duai yang pala gilak2...tu yang best....



ok2....ni sms yang aku wish dia pagi tadi 25/9/2012 masa 10.45 pagi


kiter : bb, happy one month wedding annivesary!!


hubby : hehe..ha ah.. xpasan 


kiter : heee dh agk dah :(  ----------------- ( dalam hati sedihnya )


hubby : abg pasan setahun jer huhuhu


kiter : bwek!



chet....dia ingat annivesary yang setahun jer???? yeke...hahhha ntah2 sajer kan kata camtu....


pe2 pun semoga ikatan ini  dan kebahagian ini kekal selama-lamanya hingga akhir hayat....love u bb :)  hahahah aku x penah laaaa romantik2 cenggini be4 nih....hahahaha malu woooo :)




^_*

Wednesday, September 12, 2012

KASUT KAWEN :)




Assalamualaikum...

rasa-rasa kan kalau cheq sewakan kasut ni pada bakal pengantin ada x yg nk ? just nk try survey dulu :) syglaaa sbb pakai kejap jer aritu :) sape berminat email saya ok nuriz_1211@yahoo.com 

Tuesday, September 11, 2012

AKAD NIKAH

Assalamualaikum


aritu cheq dh janji kan nk cte serba skit psl wedding cheq kan....hmmm ok2... 25 ogos 2012 tu adalah hari pernikahan cheq....wat sekali jer ngan kenduri sebab masjid sebelah umah ja.....senang....ok2....alhamdulillah dengan 2x lafaz ok cheq sah jadi isteri pada MR Z...hahaaha...pa perasaan masa tu?? hahahah x dak rasa apa.....cuma dok pikiaq yaka nk kawen ni hahahaha.....btw baju nikah cheq very the simple....hahahaha mak andam pun terkezut...hahaha...cheq ni mmg orang yang jenis sempoi...jom layan skit gamabr masa nikah cheq :)



simple kan bju nikah cheq....hahahah


my hubby kasi DUIT....tq laling eheheh

actually bju nikah tu kitaorg beli masa nk bertunang...tp yg sedih cheq punya baju x cukup kainnya....hampeh tul! so peringatan ye buat bakal pengantin kalau nk beli jgn beli yang kononnya dah dipotong 2M (baju) 2M (kain)....cheq terpaksa beli lain kain tuk wat baju ....huhuhu terbang RM huh!!!


hmmm bju pun wat simple...kurung moden sudah....senang pasni leh pakai lagi...hahahah tudung tu cheq beli kat jln TAR...bkn RADIUSITE  ok.....hahahahah so xyah nk crown2 pelbagai.....atas pala tudung tu penuh ngan manik2....ye dok....so sempoi kan...... ngeeeeeeeeee


Pic dari official photographer .....ni pic after nikah ...amik kt umah...hahahha sebelah kiri tu cm Tunku Abd Rahman jer kan....hahahahahah


Thursday, September 6, 2012

WELCOME TO THE CLUB MRS FAREEZA

Assalamualaikum....

alhamdulillah tanggal 25 ogos 2012 aku sudah bertukar status....dh jd PUAN FAREEZA :)

lega semuanya berjalan lancar.... majlis kedua2 belah pihak pun berjalan dengan lancar....lega sgt2....bukan sbb x sbr nk kwen ok tp sebab dh lepas satu bab...be4 ni lg tak kawen pala otak ni serabut...yg pasti bila dh kwen RM pun 0 hahahaha....mmg itulaaa hakikatnya kan...so now slow2 kumpui blk sebab dh ada keluarga....


nnt aku update ye seterusnya pasai wedding aku...


nih aku boh beberapa keping gambar dr official photographer aku BOUNCE TEAM PROJECT





Tuesday, August 14, 2012

TAK LAMA LAGI TUKAR STATUS :)

Assalamualaikum


hmmm alamak dh dekat dh tarikhnya.....dup dap dup dap....



alhamdulillah persiapan semuanya dh siap.... :)

 tu je nk bgtaw heeeeeeeeeeeeeee :)

Tuesday, July 3, 2012

NAK KAWEN??? DH SEDIA BLUM ?????

Assalamualaikum....


hmmm dh bersawang dh blog aku nih kan....anyway aku rajin ja singgah tgk blog aku ni tp malas nk update....kdg2 tu idea mencurah2...last2 arghhhh malas nk tulis,,,,heheheeh


so ni tgh ada idea n tgh xdak keja....hahaha keja ada tp tu pun mls nk wat....hehehehe aku nk share pasal persiapan wedding aku...




wooo kurang dr 2 bulan lg ari wedding aku..hohoho...so far preparation dh 80%....heheheh tnggal bende2 kecik jer.... :)




ni aku list down pasal preparation wedding aku



  • baju nikah - tgh bulan 7 nk g fitting...aku wat kt aloq staq.... cmnelaa kan rupa baju nikah aku kan huhu
  • baju kahwin (belah aku) - aku sewa kt pakcik aku...dia ada butik perkahwinan :) xtaw nk fitting bla :)
  • baju resepsi - baju aku tempah kt butik danau kota..belah hubby aku kt gombak nama butik tu dina halim :) hahaha masing2 cr tailor yang disukai :P ...dh siap cuma x g fitting
  • photografer - kitaorg amik 2 photografer...pakcik aku dan official wedding photografer dr Bounce Studio
  • kad kawen- wat kt pertama kompleks....sangat berbaloi harganya  pun murah hahahaha
  • dulang hantaran-  hubby aku sewa kt selayang..murah ngan sekali deko....belah aku  sewa dr butik pakcik aku :). hubby aku konon nk wat sendiri dulang hantaran tp aku tgk cm x siap2 jer memanjang bz....so aku soh dia sewa je...hahahah
  • pelamin- belah aku xder...just mini pelamin jer kot heheheh....belah hubby ader....yey hubby aku nk realisasikan impian aku merasa naik pelamin
  • live band - hahahha belah hubby aku aderlaaa sbb dia musician ngeeeeeeeeeee :) part time musician hokey :) belah aku xder....xtawlaa kot2 parent aku nk wat surprise ke hape kan hahahah
  • veil - xyah beli tudung sbb baju2 yg aku sewa dan tempah semua ada veil dh akekekeek....
  • barang-barang hantaran - ader 2-3 barang yg x dibeli lg....hehehhe.....
  • goodies - wat biasa2 jer tp menarik dan yg penting murah hokay :)
  • kasut kahwin - hmmm masih mencari yg sesuai dan harga yang berpatutan.... :)
  • catering- dua2 belah pihak settle
  • khemah pun dh settle


hmmm tu jerlaaa kot aku leh cte....insyaAllah klu ader masa aku update lg heheheh.....

terngiang2 di telinga lagu kawen...hahahah cak pong cak pong  :P



cntk kan.....verangan boleh laaaa hahahha x mampu den

cantik veil farah ni.... :)






EVERLASTING LOVE

Daisypath Anniversary tickers

ANAK MAMA & BABAH

Lilypie First Birthday tickers